Hello world !
Tahun 2020, tahun itu blog ini akan diberikan kepada Deveny. Waktu itu umurnya 11 tahun. Hari ini blog ini diterbitkan sempena ulangtahun kelahiran ibunya pada 10 Ogos 1984. Ketika berusia tiga bulan, bayi merah, gendut dan comel telah ditinggalkan oleh ibunya demi menyahut panggilan sang Penciptanya untuk pulang kenegeri kekal yang tanpa airmata.
04 September 2016 Deveny atau DD akan berumur 7 tahun. Dia seorang yang bijak dan bertenaga, memiliki semangat inkuiri yang tinggi. Tidak lagi memiliki ibu kandung tetapi kasih sayang yang dia dapatkan lebih dari cukup dari seorang nenek dan juga, datuknya juga keluarga besar dari bapanya. Setahun sekali keluarga ibunya akan melawat dia. Dia selalu sangat gembira mendengarkan nama uncle atau aunties (iaitu adik-beradik dari ibunya).
Sempena harijadi ibunya yang sepatutnya genap 32 tahun hari ini tetapi, umurnya terhenti pada usia 25 tahun maka layak rasanya dia digelar 'forever young' dan cantik selalu. Ouch ! puteri tunggalnya menggelar dia sebagai 'mei~mei' dan itu adalah perkataan pertama yang keluar ketika dia menyebut ibunya ketika melihat gambar ibunya suatu ketika dahulu dan waktu itu adalah waktu yang sangat berharga untuk diingati dan sehingga kini panggilan itu kekal.
~On behalf of DD, saya mengucapkan HAPPY BIRTHDAY MEIMEI..R.I.P.
Memories of you come our way
Though absent, you are always near
Still missed, loved and always dear.
.
Dear Memei, Happy birthday!
Though absent, you are always near
Still missed, loved and always dear.
.
Dear Memei, Happy birthday!
xoxo
D.D
